Friday, July 23, 2004

filem enemy of the state mengisah pemburuan terhadap seorang peguam yang memiliki sebuah pita rakaman pembunuhan. kes pembunuhan ini melibatkan konpirasi orang penting di dalam sebuah badan kerajaan di amerikat syarikat.

peguam ini terus melarikan diri dan menyembunyikan diri untuk menyelamatkan nyawanya. pada akhir cerita ini, sudah tentulah peguamnya berjaya menggagalkan konspirasi tersebut.

apa moral cerita ini ?

hmm.. aku sudah 5 kali pindahkan diari ini. kurang berminat jika ada 'orang terdekat yang dikenali' membacanya. sebelum ini 'orang terdekat yang dikenali' ada memaklumkan kepada aku, seronok membaca diari aku. aku pun tak tahu dari sudut mana yang 'seronok' itu. aku rasa biasa saja. kehidupan seorang manusia saja. bukan kehidupan seorang makhluk asing angkasa lepas seperti hero dalam satu siri tv di tv3.

seperti dalam cerita tadi, walaupun sudah dipindahkan, diari ini masih lagi dicari. jumpa pulak itu. tak pasti 'orang terdekat yang dikenali' itu menjumpai dengan menceroboh komputer melalui dari komputernya sendiri atau melalui komputer aku.

kajian sudah dibuat. tak mungkin daripada komputernya sendiri. melalui enjin pencari ? tak mungkin juga. sudah banyak kali kajian aku lakukan. satu kesimpulan terakhir. menceroboh terus melalui komputer aku. lagipun alamat itu ada tertera pada hompej 'default' komputer aku.

mujur juga aku ada letak 'pembilang' pada diari aku. pagi tadi, sedar - sedar 'pembilang' sudah menunjukkan angka 2. walhal aku belum pun lagi membaca diari pada hari ini.

diari aku ni ada peminat juga rupanya. dan ini kali keenam dia berpindah ke alamat yang baru.

++ nasihat untuk kepada 'orang terdekat yang dikenali', memandangkan kau suka baca diari, ada baiknya kau buat diari atas talian sendiri. :D

0 Comments:

Post a Comment

<< Home